top of page
Writer's pictureFali Ibrahim

Forum Webinar Universiti Utara Malaysia



Pada 18 April 2021, Jawatankuasa Jaringan Industri dan Masyarakat, Pusat Pengajian Undang-Undang, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjemput Encik Mohamad Ezri Bin Abdul Wahab, Rakan Kongsi Utama EzriLaw Firm sebagai panel untuk berkongsi pengetahuan mengenai isu perumahan dari segi undang-undang.

Forum "Isu-Isu Perumahan Masa Kini: Perspektif Peguam, Akademik dan Pembeli Rumah", melalui Online Webex tersebut telah diadakan bersama tenaga pengajar dan pelajar UUM selama 3 jam.

Antara isu yang dibincangkan adalah hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk meminda Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1996 (Akta 118), bagi membantu pembeli projek perumahan yang tertangguh.

Pindaan akta itu sedang dalam perancangan dan bertujuan untuk mengatasi masalah projek perumahan yang terbengkalai serta melihat kepada tindakan yang lebih tegas untuk dikenakan terhadap pemaju.

44 views0 comments

Comments


bottom of page