top of page
Writer's pictureMohamad Ezzfikri Mohamad Ezri

Stamp Duty Exemption for Small and Medium Enterprises for Mergers and Acquisitions Action

On 5 June 2020, the government announced a stamp duty exemption to encourage the merger of small and medium enterprises (SMEs) and expand their capabilities through the National Economic Recovery Plan (PENJANA).

Stamp Duty (Exemption) (No. 3) Order 2021 was gazetted on 25 February 2021 to give effect to the initiatives mentioned above. Among the first to be exempted from stamp duty are instruments such as contracts or agreements for the sale or lease of property (land, buildings, machinery and equipment), instruments of transfer and memorandum of understanding, loan or financing agreements and lease agreements.

This order came into operation on 1 July 2020. This incentive application is only eligible for SMEs that carry out merger and acquisition activities between 1 July 2020 and 30 June 2021.

If you have any questions about this exception, contact us for more information.


 

Pengecualian Duti Setem Untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bagi Aktiviti Penggabungan dan Pengambilalihan (M&A)

Pada 5 Jun 2020, kerajaan telah mengumumkan pengecualian duti setem untuk mendorong penggabungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mengembangkan kemampuan mereka melalui insentif pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Perintah Duti Setem (Pengecualian) (No. 3) 2021 telah diwartakan pada 25 Februari 2021 untuk pelaksanaan inisiatif yang disebutkan di atas. Antara yang pertama dikecualikan daripada duti setem ialah dokumen atau surat cara seperti kontrak atau perjanjian bagi penjualan atau penyewaan harta (tanah, bangunan, jentera dan peralatan), surat cara pindah milik dan memorandum persefahaman, perjanjian pinjaman atau pembiayaan dan perjanjian penyewaan.

Perintah ini mula beroperasi pada 1 Julai 2020. Permohonan insentif ini hanya layak bagi PKS yang melaksanakan aktiviti M&A dalam tempoh antara 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021 sahaja.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pengecualian ini, hubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

769 views0 comments

Comments


bottom of page