top of page

Webinar: Pembiayaan Semula Hartanah - Kerugian vs Keuntungan


Ramai pemilik rumah memilih untuk membuat pembiayaan semula hartanah mereka untuk mendapatkan terma atau kadar faedah yang lebih baik. Sebagai contoh, bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang membolehkan mereka membayar ansuran bulanan yang lebih kecil.

Hakikatnya, masih ramai yang kurang yakin ataupun waswas terhadap konsep ini.

Pelbagai persoalan yang timbul berkaitan dengan pembiayaan semula hartanah, misalnya:

Dalam keadaan ekonomi yang semakin terjejas disebabkan pandemik Covid-19 ini, adakah sekarang merupakan masa yang sesuai untuk membuat pembiayaan semula hartanah?

Adakah ianya membawa keuntungan mahupun sebaliknya?

Adakah ianya satu pilihan yang bijak?

Ingin dapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan ini?

Mari bersama-sama dengan kami di Facebook Live dalam webinar: "Pembiayaan Semula Hartanah: Kerugian vs Keuntungan?" pada hari Khamis, 11 Mac 2021, jam 3 petang di mana kami akan bawakan panel-panel yang berpengalaman bagi membincang dan mengupas topik ini dengan lebih mendalam.

32 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page